25 Februari 2017

Siapa Mat Dan ? Kenali Pengacara Program Kaki Jalan


Siapa Mat Dan ? Kenali Pengacara Program Kaki Jalan. Rasanya ramai yang sudah mengenali Mat Dan. Mat Dan Ini nama glamer beliau semenjak tinggal di Malaysia. Buat yang belum mengenali, Mat Dan ini jejaka Mat Saleh yang berasal di England..

Entah kenapa beliau boleh dikenali Di Malaysia..

Dan..

Menjadi pengacara Program Kaki Jalan pulak. Bukan senang orang luar nak memasuki industri seni di Malaysia. Apa yang menarik Mat Dan ini boleh bercakap Melayu dalam dielek Terengganu dengan fasih. Kalah orang kita bila dengan beliau bercakap..huhu..

Siapa Mat Dan ? Kenali Pengacara Program Kaki Jalan

Siapa Mat Dan ? Kenali Pengacara Program Kaki Jalan

Siapa yang telah terminat dengan aksi-aksi pengacara program kaki jalan, berikut kami kongsikan secara ringkas biodata Mat Dan. Apa yang telah membuatkan beliau mengambil keputusan tinggal di Malaysia..

Nama Asal : Daniel Tyler
Panggilan Mesra : Mat Dan
Nama Islam : Kareef Daniel Abdullah
Asal : Bristol, England
Tempat Menginap Sekarang : Marang, Terengganu
Keturunan :  Inggeris
Agama : Islam
Nama Ibubapa : Kevin Tyler (Bapa), Nicol (Ibu)
Hobi : Mengembara (Dari usia 19 tahun)
Mula di Malaysia :Tahun 2009
Makanan Diminati: Boleh kata semua termasuk budu.
Penyanyi Malaysia Diminati :Yuna
Pendidikan : Kapasia Degree College, Dhaka, Bangladesh,Cheltenham Bournside School and Sixth Form Centre, Cheltenham, Gloucestershire


Perkara Menarik Tentang Mat Dan

Apa yang membuatkan Mat Dan tertarik hati dengan Malaysia. Suatu ketika dahulu, Mat Dan datang ke Malaysia hanya untuk bercuti bersama kawan-kawannya. Biasa la orang suka melancong, mula-mula pergi Thailand, Laos, Indonesia, Singapura dan seterusnya ke Malaysia..

Bercuti di pulau perhentian dahulu sebelum ke Puala Kapas. Masa di Pulau Kapas, beliau tertarik dengan keindahan tempat tersebut dan terus menetap di pulau itu dari tahun 2009 hingga  hari ini..

Dan..

Memeluk Agama Islam dengan nama Kareef Daniel Abdullah..

Siapa Mat Dan ? Kenali Pengacara Program Kaki Jalan


Apa yang pasti, sekarang ini Mat Dan semakin popular dan program terbaru beliau ialah Kaki Jalan. Program ini ditayangkan pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135) bermula 24 November 2016..

Jangan lupa saksikan aksi Mat Dan..

Semoga bermanfaat..

Terima kasih membaca blogpost Siapa Mat Dan ? Kenali Pengacara Program Kaki Jalan.. 
 

0 comments

Catat Ulasan